Aktiviti Terkini:
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasar Raja Bot telah mengadakan lawatan ke bangunan Pasar Baru Pasar Raja Bot bersama YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Menteri Perladangan dan Komoditi.
Turut mengiringi YB Datuk Seri, pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga pegawai PKB.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan kawasan Pasar Baru Pasar Raja Bot sebelum peniaga dan penjaja memulakan operasi.