Aktiviti Terkini:𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐒𝐌) 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima lawatan kajian lapangan berkenaan pengurusan dan adaptasi masyarakat terhadap bencana alam di Kampong Bharu dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Inspektor Muhd Shahrizal bin Abu dari Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Persiapan Menghadapi Bencana di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu kajian lapangan pelajar-pelajar serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran