Aktiviti Terkini: Kebun Lot 1836 – Kami berpeluang bergotong-royong menghijaukan Kebun Kejiranan KRPKB dan turut menerima perkongsian ilmu berharga daripada pihak Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM ) berkenaan teknik semaian, penjagaan tanaman, dan pengalaman mengurus kebun bandar yang sangat inspiratif. Turut Bersama berkongsi pengalaman kebun adalah Komuniti Garden 8, Taman Perwira, Gombak.

Terima kasih kepada semua ahli Kelab Rekreasi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (KRPKB), wakil-wakil penduduk Kampong Bharu dan semua yang menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini terus menyuburkan semangat kejiranan dan kelestarian bandar.