Engagement Session Flat Jalan Tun Razak
Sesi Taklimat dan Penerangan Mekanisme Perlaksanaan Pembangunan Semula Kampong Bharu telah diadakan pada 5 Ogos 2023 bertempat di Anjung Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampong Bharu. Tujuan sesi taklimat ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kaedah dan mekanisme perlaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu agar difahami dengan jelas oleh semua pemilik-pemilik berdaftar, pewaris, pemegang taruh dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan semula. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga ingin membangunkan Kampong Bharu melalui penyertaan pemilik tanah/petak berdaftar.
KEMASKINI TERBARU
1. Mesyuarat Anggota Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Bilangan 1 Tahun 2026 bertarikh 20 Januari 2025 telah memutuskan Cadangan Pelaksanaan Pembangunan Semula Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampong Bharu oleh Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB) adalah ditamatkan.
(Update: 22/1/2026)

Bahasa Melayu
English



