Sesi Taklimat dan Penerangan Mekanisme Perlaksanaan Pembangunan Semula Kampong Bharu telah diadakan pada 5 Ogos 2023 bertempat di Anjung Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampong Bharu. Tujuan sesi taklimat ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kaedah dan mekanisme perlaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu agar difahami dengan jelas oleh semua pemilik-pemilik berdaftar, pewaris, pemegang taruh
dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan semula. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga ingin membangunkan Kampong Bharu melalui penyertaan pemilik tanah/petak berdaftar.

KEMASKINI TERBARU

Satu sesi taklimat dan penerangan tawaran pembangunan oleh Menara Rezeki Properties Sdn Bhd akan di adakan pada 3 Februari 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.

(Update: 18/12/2023)