Aktiviti Terkini: πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„π’π˜π”πŠπ”π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π πŸπŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ€πŒππŽππ† 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur telah diadakan sempena meraikan sambutan 125 Tahun Kampong Bharu.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa. Turut hadir YBhg. Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi PKB serta tetamu jemputan yang terdiri daripada komuniti tempatan, pemimpin penduduk, anak jati Kampong Bharu serta wakil rukun tetangga.
Majlis ini bertujuan memohon keberkatan dan rahmat Ilahi agar segala perancangan dan pembangunan pada tahun 2025 dapat dijalankan dengan teratur dalam memberi keutamaan bagi memelihara kepentingan orang Melayu di Kampong Bharu secara inklusif.