Aktiviti Terkini:๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† (๐“๐”๐๐€) ๐–๐€๐‹๐Š๐€๐๐Ž๐”๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐๐Š๐ ๐๐„๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐๐€๐Š-๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐” ๐Š๐€๐Œ๐๐Ž๐๐† ๐๐‡๐€๐‘๐” (๐๐€๐Š๐€๐Œ)

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB telah mengadakan aktiviti Turun Padang (TUPA) Walkabout Bersama NGO Persatuan Kebajikan Anak-Anak Melayu Kampung Baharu (PAKAM) di sekitar Kampong Bharu.
Tujuan program TUPA Walkabout memenuhi jemputan NGO PAKAM dan menyantuni penduduk untuk meninjau dan melihat aktiviti sekitar di Kampong Bharu.
Ketua Pegawai Eksekutif PKB juga telah diberikan penerangan isu dan permasalahan semasa penduduk. Terima kasih kepada pihak KRT Flat PKNS 17 Tingkat Kampong Bharu, kerana menerima kunjungan dari PKB.
Antara lokasi TUPA Walkabout iaitu Kabin Belia Jalan Raja Mahadi, Jalan Raja Muda Musa, Dewan KRT Flat PKNS 17 Tingkat, LRT Kg Bharu, Pintasan Saloma dan Tapak Lapangan Urban Farming Kg. Paya.
Program TUPA telah diselaraskan oleh PAKAM dengan kerjasama PKB. Turut hadir YBhg Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Pengerusi PAKAM, YBhg Datuk Shamsul Bahari Abd Aziz, Pengerusi MPP Kampong Bharu, Tn. Hj Md Said, Naib Pengerusi PAKAM serta pegawai PKB.