PIPKB 2040 ini dilengkapi dengan tatacara berkenaan mekanisma pengurusan dan pelaksanaan yang akan memastikan proses pembangunan Kampong Bharu dapat dilaksanakan.
Kaedah dan mekanisma pelaksanaan pembangunan ini melibatkan 4 proses utama yang akan dipantau melalui Matrik Pemantauan Projek yang telah dibentuk oleh PKB. Proses pelaksanaan pembangunan melibatkan hubungkait perkara seperti berikut :
1.Mempromosikan blok-blok pembangunan;
- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama PKB menyediakan program untuk mempromosi blok-blok pembangunan yang telah dibentuk kepada pemaju dan pelabur dalam dan luar negara yang berminat melaksanakan pembangunan semula;
- Mengadakan promosi dan pelan komunikasi bagi menggalakkan pemilik/pewaris menyatukan tanah mengikut blok pembangunan; dan
- Menyebarkan maklumat insentif-insentif khas untuk pembangunan semula Kampong Bharu.
2.Pembangunan secara usaha sama atau sendiri
- Pemilik tanah boleh menentukan kaedah pelaksanaan pembangunan samada secara sendiri atau usaha sama (joint venture) dengan GLCs, pemaju dan anak syarikat PKB;
- Komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembangunan dan projek-projek bagi tujuan awam.
3.Persetujuan Rundingan
- Proses rundingan pemaju mendapatkan persetujuan pemilik tanah terhadap pembangunan; dan
- Pemaju membuat rundingan dengan penyediaan model pembangunan dan perniagaan untuk tawaran kepada pemilik tanah.
4.Pengambilan Tanah
- Kaedah pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)((b) atau (c) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) sekiranya rundingan untuk mendapatkan persetujuan gagal dicapai.
- Mencapai persetujuan rundingan sekurang-kurangnya 50% bagi membolehkan kaedah pengambilan tanah digunakan selaras dengan dasar di dalam Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur.