Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020)
PSKL 2040 merupakan dokumen perancangan yang menetapkan rangka kerja perancangan dan pembangunan spatial yang menyeluruh untuk Kuala Lumpur untuk diterjemahkan oleh pelan pembangunan seterusnya.
HALA TUJU STRATEGIK:
BM5 : PENGURUSAN KAWASAN KHAS
PSKL 2040 telah menetapkan sebagai Kawasan Pembangunan Khas Kampong Bharu. Kampong Bharu akan dibangunkan dengan halatuju dan perincian pembangunan yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk dan garis panduan yang ditetapkan untuk Kampong Bharu.
Langkah-langkah Pembangunan Kawasan Khas:
- Memaksimumkan pembangunan tanah serta dihubungkan dengan pengangkutan awam;
- Mengenalpasti insentif-insentif bersesuaian;
- Menggalakkan penglibatan syarikat awam dan swasta bagi pembaharuan semula; dan
- Mengambil kira elemen-elemen tradisional, sejarah dan warisan Kampong Bharu.
Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040)
Pelan Strategi Pembangunan Draf PTKL 2040 meletakkan Kampong Bharu sebagai tapak pembangunan semula atau kawasan tumpuan (Focus Area).
Kampong Bharu sebagai zon Ring pusat bandar Kuala Lumpur yang mempunyai ciri-ciri kawasan intensiti tinggi, pusat kewangan, perniagaan utama dan pembangunan bercampur.
Zon gunatanah di Kawasan Kampong Bharu ialah Perdagangan Pusat Bandar Raya (City Centre Commercial (CCC)) dan Perdagangan Utama/ Major Commercial (MC)).