PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022
Sekitar persiapan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan pada hari esok bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.
YBhg. Datuk Affendi Zahari, Pengerusi PKB serta YBhg. Datuk Azizulrahman Bin Mohd Hussain Malim, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Titiwangsa, turut hadir bagi meninjau segala perlengkapan dan keperluan yang diperlukan untuk persiapan rumah terbuka ini.
#KeluargaMalaysia dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya pada esok hari ❤️.
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Titiwangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Caw. Titiwangsa dan Yayasan Bena Nusa akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 pada 28 Mei 2022 (Sabtu).
Majlis Rumah Terbuka akan 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐆𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫. Semua warga Kampong Bharu dijemput hadir.
Kepada yang ingin hadir, perlu mematuhi prosedur operasi standard yang terkini selaras Fasa Peralihan Endemik.
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menerima Lawatan PLANMalaysia Johor ke PKB yang disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, YBhg. Datuk TPr Haji Lokman Haji Omar dan pegawai-pegawai PKB pada hari ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pengalaman yang dijalankan oleh PKB dalam perancangan dan perlaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu untuk dijadikan panduan kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Pusat Bandar Tangkak.
Majlis juga diteruskan dengan sesi soal jawab dan lawatan tapak disekitar Kampong Bharu.
Jadikan hari ini hari yang ceria dan bersemangat buat anda semua. Semoga matahari yang menyinari pada hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita. ✨
Salam penghulu segala hari. Waktu pagi adalah permulaan hari. Islam sangat menggalakkan penganutnya memanfaatkan waktu pagi untuk beribadah dan mencari rezeki. Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini dan akan datang.
Majlis telah diadakan bagi meraikan sambutan bulan syawal dan seterusnya memupuk semangat muhibah dan harmoni antara warga PKB.
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), ketua-ketua agensi, pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi, ahli Anggota dan Penasihat PKB yang telah hadir. Turut hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri PKB pada hari ini, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
PKB telah menjadi agensi pertama diperingkat Kementerian dalam menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Majlis telah bermula dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang di pejabat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Jom kita kenali kejayaan Suezcap dalam pembangunan semula di Kuala Lumpur bersama Encik Abdul Hadi Ahmad, Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Ritzy Gloss Sdn. Bhd.
Satu Syawal menjelang tiba, takbir bergema mengegar jiwa, Sekiranya ada salah, silap dan dosa. Ampun dipinta dihari mulia. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Dan Batin diucapkan kepada seluruh warga Kampong Bharu dan umat Islam diserata dunia. Ucapan tulus ikhlas daripada YBhg. Datuk Affendi Zahari, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Kampong Bharu dan umat Islam di Malaysia. Sambutlah dengan meriah setelah sekian lama kita tidak dapat beraya bersama sanak saudara. Berhati-berhati walau di mana jua anda berada. Semoga sihat dan selamat hendaknya. Ucapan tulus ikhlas daripada YBhg. Datuk TPr Haji Lokman Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. ☺️
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua warga Kampong Bharu dan seluruh umat Islam di Malaysia. Tulus ikhlas daripada warga kerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. 🥰
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin. Raya pada tahun ini begitu meriah sekali. Sambutlah dengan penuh kegembiraan dan sentiasa berhati-hati walau di mana jua anda berada. Saksikan sketsa Hari Raya bersama warga PKB. ✨❤️
SELAMAT HARI PEKERJA 2022
Selamat hari pekerja kepada semua pekerja. Tahniah di atas segala usaha, penat lelah dan pergorbanan anda dalam memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa serta negara.
"PEKERJA TONGGAK KELUARGA MALAYSIA DALAM PEMULIHAN NEGARA"
Ujian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.
Pantasnya Ramadan kali ini. Minggu depan kita dah bertemu Syawal dah. Dalam keseronokkan dan keterujaan kita, kita perlu mengambil kesempatan yang ada untuk banyakkan beramal baik. Doakan kesihatan dan kesejahteraan diri dan semua insan yang kita sayangi. Moga segala amalan kita di bulan Ramadan ini diterima oleh Allah SWT, lantas terhapus dosa dosa lalu.