The Concept Redevelopment Kampong Bharu
Konsep Pembangunan
Pembangunan semula Kampong Bharu yang dirancang akan menggunakan keunggulan seni bina Islam KLCC sebagai mercu tanda utama. Kaedah perancangan Kampong Bharu menetapkan kawasan pusat Kampong Bharu sebagai kawasan terbuka dengan bangunan-bangunan semakin menaik di bahagian timur dan barat pinggir Kampong Bharu.
Masjid Jamek Kampong Bharu akan dikekalkan selain persekitaranya dipertingkat sebagi mercu tanda utama Kampong Bharu. Selain itu, Reka bentuk Kampong Bharu juga akan mengekalkan jalan-jalan utama seperti Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz, Jalan Raja Uda dan sebahagian Jalan Raja Muda Musa. Ianya turut memberikan penekanaan kepada jaringan perhubungan antara node-node utama seperti stesen LRT, stesen MRT, Masjid Jamek,Saloma Link, Pasar Raja Bot dan sebagainya. Penekanan kepada rangkaian pejalan kaki lengkap dengan landskap menarik akan menjadikan Kampong Bharu sebuah perbandaran moden .
Komponen Pembangunan
Komponen utama pembangunan semula Kampong Bharu adalah :
- Taman Warisan Kampong Bharu
- Berkeluasan 24 ekar; dan
- Masjid Jamek Kampong Bharu dan persekitarannya yang dinaiktaraf menjadi ‘Focal Point’.
- Kediaman Pelbagai Pendapatan
- Perancangan pembangunan perumahan Kampong Bharu akan memfokuskan kepada unit-unit mampu dibeli oleh orang Melayu;
- Membuka ruang kepada lebih ramai orang Melayu memiliki hartanah dan tinggal di Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur;
- 45 ribu unit kediaman pelbagai kategori telah dicadangkan dengan tumpuan utama adalah penyediaan kediaman mampu milik (Residensi Wilayah) kepada pemilik, pewaris tanah Kampong Bharu serta orang-orang Melayu berkelayakan;
- Kategori perumahan yang dicadangkan adalah :
- 50% perumahan Mampu Milik;
- 30% perumahan berharga RM300-500 ribu;
- 15% perumahan berharga RM500-750 ribu; dan
- 5% perumahan harga pasaran.
- Dianggarkan jumlah penduduk Kampong Bharu akan meningkat kepada 160 ribu orang berbanding 18 ribu pada masa kini
- Perdagangan
- Terdiri daripada ruang pejabat, hotel dan ‘retail’;
- Mengimbangi ‘viability’ pelaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu;
- Dicadangkan menempatkan agensi-agensi Kerajaan selain bangunan korporat swasta dan MNC yang berminat;
- 10% daripada luas lantai pembangunan pejabat dan ‘retail’ diperuntukkan untuk ‘Komersial Mampu Milik’; dan
- Sebuah ‘Signature Tower’ berketinggian 93 tingkat turut dicadangkan sebagai bangunan ikonik di Kampong Bharu.
- Kemudahan Masyarakat dan Infrastruktur
- Kemudahan-kemudahan sedia ada akan dinaiktaraf kapasitinya selaras dengan pertambahan penduduk; dan
- Pembangunan Semula Kampong Bharu juga turut memberikan penekanan kepada infrastruktur dan utiliti.
- Warisan Kebudayaan dan Makanan
- Kepelbagaian penawaran makanan di Kampong Bharu memerlukan penjenamaan yang lebih baik dalam memastikan kesesuaiannnya dengan pemodenan Kampong Bharu; dan
- Beberapa kedai makan popular yang amat sinonim dengan Kampong Bharu seperti Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Wanjo, Restoran Nasi Padang, Gerai Pak Hassan, Satey Capitol atau Restoran Kak Som akan ditempatkan semula dalam kawasan ‘Heritage Park’ bagi terus meneruskan warisan perniagaan yang menjadi keunikan Kampong Bharu sebagai syurga makanan.
Tiga (3) komponen dicadangkan di dalam Taman Warisan Kampong Bharu adalah :
- Kampung Warisan Melayu
- Menempatkan rumah-rumah tradisional Melayu termasuklah replika rumah-rumah warisan Kampong Bharu;
- Unit-init rumah yang dibina ini akan menempatkan restoran makanan Melayu, Muzium Kesenian dan Tradisional Melayu, Teratak Kraftangan Melayu, ‘Boutique Homestay’ serta pusat informasi Warisan Melayu Kampong Bharu; dan
- Senibina bangunan dan reka bentuk ruang kawasan ini akan mengadaptasi suasana dan landskap perkampungan Melayu tradisional.
- Pusat Seni, Persembahan dan Kebudayaan Melayu
- Pentas persembahan dan pembelajaraan seni tarian (zapin, inang), muzikal (ghazal, dondang sayang), sukan tradisional (gasing, sepak raga), perfileman, pertunjukkan tradisional (bangsawan, wayang kulit) serta seni bela diri (silat) Masyarakat Melayu.
- Kompleks Warisan Melayu
- Tempat yang akan mempromosi, menjual barangan kraftangan, kesenian, peralatan dan makanan tradisonal Melayu.
Konsep Pembangunan Semula Kampong Bharu