Lawatan Akademik Mahasiswa Kwansei Gakun University, Japan Ke PKB
Aktiviti Terkini: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐊𝐖𝐀𝐍𝐒𝐄𝐈 𝐆𝐀𝐊𝐔𝐈𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘, 𝐉𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
22 Ogos 2025 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima lawatan daripada mahasiswa School of Architecture , Kwansei Gakuin, Universiti SOKA, Jepun. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Hanafi Hussin (A.M.N), Profesor Kehormat, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM).
Turut hadir bersama YBhg. En. Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) pegawai serta wargakerja PKB. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sham bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Arkitek).
Sesi taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan dan gambaran kepada mahasiswa berkenaan keadaan Kampong Bharu yang sedang membangun. Sesi ini juga merupakan satu medium pembelajaran khususnya buat mahasiswa yang menjadikan Kampong Bharu ini sebagai topik pemerhatian dan kajian.

Bahasa Melayu
English















