Aktiviti Terkini:

YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Siti Zakiah Muhamad Isa, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), serta pegawai PKB.
Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) kepada penduduk Kampong Bharu melalui PKB supaya penduduk mendapat pendedahan awal mengenai pengemaskinian maklumat peribadi di dalam Portal PADU seperti pautan berikut https://www.padu.gov.my/