Aktiviti Terkini: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 (𝐔𝐓𝐀𝐑) 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 (𝐏𝐊𝐁)

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima lawatan sambil belajar dalam siri kajian tempatan dari pelajar Tahun Akhir Bachelor of Science in Architecture UTAR.
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Sham bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Arkitek) berkenaan sejarah Kampong Bharu yang terletak di tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur sebagai tapak untuk kajian topikal bagi pelajar-pelajar.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu kajian pelajar-pelajar serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran.