Aktiviti Terkini: 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 (𝐁𝐒𝐍): 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐈𝐊

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan Taklimat bersama Bank Simpanan Nasional (BSN). Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Saini bin Mohd Shariff berkenaan pengurusan kewangan yang baik. Aktiviti simulasi tentang pengurusan kewangan juga turut dilaksanakan oleh warga kerja PKB.
Sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang tingkah laku dan keputusan kewangan yang baik serta meningkatkan keupayaan menabung.