Aktiviti Terkini: 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊-𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan sesi Taklimat Berkaitan Tapak-Tapak Berpotensi Bagi Cadangan Pembangunan Semula Kampong Bharu. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurli Darni binti Musleh, Ketua Penolong Pengarah (Perancang Bandar dan Desa) dan Encik Khairulnisam bin Harun, Ketua Penolong Pengarah (Ekonomi) berkenaan konsep pembangunan secara organik mengikut blok pembangunan seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040).
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh 11 syarikat pemaju.
Turut hadir bersama Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) dan pegawai PKB.