Aktiviti Terkini: ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐Ž๐๐† ๐๐‡๐€๐‘๐”

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Dataran Kampong Bharu. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membincangkan dan mendapatkan perincian berkenaan aspek pengurusan Dataran serta mendapatkan anggaran kos penyelenggaraan sebenar bagi kawasan Dataran. Bengkel ini mengumpulkan wakil-wakil dari agensi dan jabatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Wilayah Perseketuan (JWP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian (JKPTG), pihak PKB serta perunding-perunding projek PKB.
Turut hadir semasa bengkel dijalankan, YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Dr. Khairul Nizam Bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) dan Encik Shahrul Ezad bin Samsudin Pengarah (Pengurusan dan Komunikasi Korporat) PKB serta pegawai PKB.