Aktiviti Terkini:𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐋𝐈𝐌 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐌𝐙𝐀𝐇

YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ahli Anggota PKB. Dalam pertemuan itu, KPE berkesempatan untuk menyampaikan laporan mengenai progres projek-projek pembangunan yang sedang berjalan di Kampong Bharu.
Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedia ada di samping membincangkan dan berkongsi pendapat demi memastikan pembangunan di Kampong Bharu berjalan dengan lancar.