Aktiviti Terkini: πππππππ πππππ ππππππ πππππ ππππππ πππππ ππππππ ππ πππππππ πππππ
Datoβ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah sudi meluangkan masa untuk membuat lawatan turun padang ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) untuk mendengar taklimat mengenai perkembangan terbaru PKB yang telah disampaikan oleh YBrs Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB.
Lawatan tapak telah dimulakan dengan laluan projek Perkongsian Ruang Jalan Raja Muda Musa, Pintasan Saloma, Kawasan Sungai Baru, Projek Dataran Kampong Bharu dan Projek Pembongkaran Terowong.
Turut hadir bersama Datuk Bandar ke sesi lawatan, Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi), Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) serta pegawai DBKL.
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), serta pegawai PKB.