𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐈𝐋 𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟒
Aktiviti Terkini: 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐈𝐋 𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟒
YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah hadir ke Perhimpunan Bulanan Bil 7/2024, dalam ucapannya KPE menyatakan kepada semua pegawai dan kakitangan PKB untuk terus berkomited dalam perkhidmatan dengan cemerlang pada tahun 2025 yang akan datang.
Hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) dan Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) serta warga kerja PKB.
Turut dimaklumkan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia PKB berkenaan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga kerja PKB sepanjang bulan November dan Disember 2024 serta perancangan program bulan Januari 2025. Selain itu, diraikan Sambutan Hari Lahir warga kerja PKB pada bulan Disember. Semoga dengan sambutan ini mendapat keberkatan dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

Bahasa Melayu
English



