Aktiviti Terkini: 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆

Perbadanan Pembangunan kampong Bharu (PKB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK) sebagai salah satu usaha jalinan kerjasama disamping untuk mendapatkan status terkini keadaan di Sungai Gisir, Lembah Keramat.
Sesi kunjungan ini telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai kanan PLSK yang diketuai oleh Tuan Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Pengarah Pejabat PLSK.
Sesi kunjungan ini diakhiri dengan lawatan di sekitar pejabat PLSK.