Aktiviti Terkini:๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐Ž๐‹๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ“๐Ÿ‘ โ€œ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐จ๐ง๐  ๐๐ก๐š๐ซ๐ฎ, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ: ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง?โ€

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar telah berbesar hati menerima undangan pihak Arkib Negara Malaysia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Moderator bagi Majlis Polemik Malaysia Sesi Ke-53 โ€œKampong Bharu, Kuala Lumpur: Warisan Sejarah atau Transformasi Masa Depan?โ€.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yg diadakan di Auditorium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Turut hadir adalah panel jemputan, YBrs. Dr. Mohammad Mujaheed bin Hassan, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Dr. Ahmad Farhan bin Abdullah @ Zakaria, Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan YBrs. Tuan Haji Shamsuri bin Suradi, Setiausaha Kehormat Malay Agricultural Settlement (MAS).
Ketika sesi polemik ini berlangsung, panel-panel jemputan telah membentangkan topik-topik yang berkisar tentang Kampong Bharu.