𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐄-𝟓𝟑 “𝐊𝐚𝐦𝐩𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫: 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧?”
Aktiviti Terkini:𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐄-𝟓𝟑 “𝐊𝐚𝐦𝐩𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫: 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧?”
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar telah berbesar hati menerima undangan pihak Arkib Negara Malaysia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Moderator bagi Majlis Polemik Malaysia Sesi Ke-53 “Kampong Bharu, Kuala Lumpur: Warisan Sejarah atau Transformasi Masa Depan?”.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yg diadakan di Auditorium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Turut hadir adalah panel jemputan, YBrs. Dr. Mohammad Mujaheed bin Hassan, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Dr. Ahmad Farhan bin Abdullah @ Zakaria, Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan YBrs. Tuan Haji Shamsuri bin Suradi, Setiausaha Kehormat Malay Agricultural Settlement (MAS).
Ketika sesi polemik ini berlangsung, panel-panel jemputan telah membentangkan topik-topik yang berkisar tentang Kampong Bharu.