Aktiviti Terkini:𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍)

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah berkesempatan ke Bazar Ramadan Kampong Bharu bagi Kempen Sifar Sisa @ Bazar Ramadan yang memfokuskan kepada Program MySaveFood dan Program Pengasingan Sisa.
Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBrs. Dr. Amir Raslan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB dan kakitangan PKB.
Kempen anjuran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL itu bertujuan memastikan bazar Ramadan di ibu kota lebih mesra alam dengan menggalakkan penggunaan produk biodegradasi dan bekas makanan guna semula dalam kalangan peniaga serta pengunjung.
Melalui inisiatif ini, Kuala Lumpur semakin berupaya untuk menjadi bandar sifar sisa, selaras dengan matlamat kelestarian global.