Aktiviti Terkini:𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

YBhg. Datuk Ramlee Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai JWP, DBKL dan PKB telah meninjau keadaan semasa Projek Dataran Kampong Bharu, Kampong Bharu.
Cadangan projek ini akan meliputi pembinaan Dataran/ Padang Rekreasi, Tempat Letak Kereta, serta Kiosk/ Medan Selera.
Status terkini berhubung projek ini, kontraktor sedang giat menjalankan kerja-kerja di tapak dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) akan terus memantau rapi projek ini agar momentum dapat ditingkatkan secara berterusan.