Aktiviti Terkini: ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ π–π€πŠπ€π… 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπ€πŒππŽππ† 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 (𝐏𝐊𝐁) ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πˆπ’π‹π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (πƒππˆπŒ)

8 Mei 2025 – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang memfokuskan kepada wakaf pembangunan. Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil DPIM iaitu PMGR. Sr. Hj. Ishak Ismail (Naib Presiden DPIM), Dato’ Shamsuddin Hayroni (Ahli Majlis Tertinggi DPIM), Dr. Abdul Hakim Bin Jaafar (Ahli Majlis Tertinggi DPIM), En. Faizul Imran Bin Nadzri dan En. Muhammad Haikal Suhairi. Hasil daripada perbincangan ini, DPIM akan merangka potensi-potensi pembangunan bagi menyokong usaha Pembangunan Semula Kampong Bharu melalui pendekatan kaedah wakaf.
Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang baharu dalam memacu pembangunan yang mampan dan berpaksikan nilai melayu dan Islam di Kampong Bharu.