Aktiviti Terkini: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐈𝐍𝐒𝐓𝐔𝐍) 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 (𝐏𝐊𝐁)

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah berbesar hati menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bagi tujuan lawatan kerja.
Sesi lawatan ini telah diketuai oleh Encik Zulhasmi bin Mohamad, Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, INSTUN bersama-sama 18 orang pegawai. Turut hadir adalah barisan pengurusan tertinggi PKB dan warga kerja PKB.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Khire bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Tanah) dan diakhiri dengan lawatan tapak ke Pintasan Saloma.