Aktiviti Terkini: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 (𝐏𝐃𝐂) 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah berbesar hati menerima kunjungan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang diketuai oleh YBrs. Sr. Roslan bin Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai-pegawai kanan PDC dan pegawai-pegawai PKB.
Objektif utama lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan pelaksanaan projek pembangunan semula kawasan warisan bandar khususnya dari segi perancangan guna tanah, penyediaan infrastruktur serta kemudahan awam yang menyokong kesejahteraan penduduk dan kelestarian awam.
PKB amat menghargai sesi lawatan kerja ini dan beriltizam untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan demi menjayakan misi pembangunan menyeluruh dan mampan di Kampong Bharu.