Aktiviti Terkini: πππππππππ ππππππ πππππ πππππππ πππππππππ
ππππππππππ πππππππππππ πππππππ πππππ ππππππ ππππ. ππππβ ππππππππ πππ π. πππππ
YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), telah mengadakan kunjungan hormat sulung kepada YBhg. Datoβ Mohammad bin S. Ahmad, Pengerusi Majlis Penasihat PKB.
Kunjungan ini telah diadakan di Darul Fikir Properties (M) Sdn. Bhd. yang turut disertai oleh YBrs. Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan dan Komunikasi Korporat) PKB, dan Encik Mohd Khire bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Tanah) PKB.
Dalam sesi perbincangan tersebut, YBrs. Dr. Khairul Nizam berpeluang berkongsi secara ringkas mengenai latar belakang dan aspirasi beliau sebagai KPE serta perkembangan awal beberapa projek pembangunan di Kampong Bharu. Beliau turut menerima pandangan dan nasihat daripada YBhg. Datoβ Mohammad Bin S. Ahmad berkenaan keperluan mempercepatkan pembangunan yang berupaya memberi impak langsung kepada komuniti setempat.
PKB amat menghargai ruang perbincangan ini dan beriltizam untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan demi menjayakan misi pembangunan menyeluruh dan mampan di Kampong Bharu..