PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPONG BHARU 1447H/2025M
Aktiviti Terkini: PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPONG BHARU 1447H/2025M
6 September 2025 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampong Bharu anjuran Masjid Jamek Kampong Bharu.
Dengan bertemakan “Membangun Ummah Madani”, sambutan ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan dalam membina Malaysia Madani berteraskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian, sebagaimana yang sentiasa ditekankan oleh YAB Perdana Menteri.
Seramai 20 orang anggota kontinjen PKB yang diketuai oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif bersama pegawai-pegawai kanan dan warga kerja yang hadir bersemangat waja mengalunkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW, malah menjadi wadah terbaik untuk umat Islam meneladani kehidupan Baginda, menelusuri perjuangan serta menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Bahasa Melayu
English

















