Aktiviti Terkini: 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐊𝐁

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Pemilik Tanah dan Waris Tanah (PPTWT) diketuai oleh Tuan Haji Zainudin Ismail, Setiausaha PPTWT.
Sesi ini telah disertai oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai PKB.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan Kampong Bharu secara lebih dekat dan inklusif.
PKB mengucapkan terima kasih kepada PPTWT atas kunjungan hormat ini dan diharapkan agar jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diperkukuhkan lagi.