PENANGGUHAN PROGRAM EKSPLORASI JEJAK WARISAN KAMPONG BHARU
Dukacita dimaklumkan bahawa Program Eksplorasi Jejak Warisan Kampong Bharu anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) di Laman Kampong Bharu, Kuala Lumpur 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡.
Penangguhan ini dibuat berikutan keadaan jerebu dan kualiti udara yang tidak sihat. Langkah ini diambil selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar menangguhkan acara keramaian luar bangunan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
Langkah berjaga-jaga ini diambil bagi mengutamakan kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan peserta dan petugas. Perkembangan terkini program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi PKB.
Pihak PKB memohon maaf atas segala kesulitan dan merakamkan penghargaan atas kerjasama serta sokongan semua pihak.
Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut berhubung perkara ini boleh hubungi urus setia program di talian 03 – 2692 6733 (Pn. Aida / Cik Farisya)
#KampongBharu
#EksplorasiKampongBharu
#MalaysiaMadani



Bahasa Melayu
English



