Aktiviti Terkini: Sesi Tinjauan YB Menteri Wilayah dari Pintu Gerbang jalan Raja Muda Musa – Pintasan Saloma – Jalan Ampang

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐“๐”๐๐€ ๐˜๐๐Œ:
Aktiviti TUPA YBM di Kampong Bharu bermula jam 6.00 petang dan berakhir jam 7.00 malam. Antara aktiviti TUPA YBM adalah:
1) Aktiviti melihat premis makanan sekitar Jalan Raja Muda Musa;
2) Mendengar perancangan Projek Perkongsian Ruang (Shared Spaced) Jalan Raja Muda Musa dari pegawai PKB dan DBKL;
3) Melihat aktiviti pencahayaan dan struktur ikonik Pintasan Saloma sebagai ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur;
4) Pengindahan Sungai Klang;
5) Cadangan sambungan laluan pejalan kaki dari Pintasan Saloma ke KLCC.
Turut hadir TUPA YBM pada hari ini di Kampong Bharu YBhg Datuk TPr Haji Lokman Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, YBhg. Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL dan YBhg Datuk Azizulrahman bin Mohd Hussain Malim, Pengerusi MPPWP Zon Titiwangsa Merangkap Ahli Anggota PKB.
Pihak PKB mengucapkan jutaan terima kasih di atas kelapangan YBM ke Kampong Bharu dan kerjasama dari DBKL.