Tahniah Pintasan Saloma | Sumber: Facebook PKB | Tarikh: 1 Julai 2022

Buat julung kalinya, Pintasan Saloma telah diberi pengiktirafan PAM Awards 2022 (Pertubuhan Arkitek Malaysia) bagi kategori “Special Category Gold”* yang telah berlangsung di Mandrin Oriental Hotel pada 18 Jun 2022.

Anugerah yang diperolehi ini setanding dengan Anugerah Akademi Industri Filem yang mana mengiktiraf karya terbaik Arkitek dari segi kualiti reka bentuk dan persekitaran binaan dalam industri seni bina.

Pintasan Saloma merupakan inisiatif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam mengilhamkan reka bentuk konsep jambatan pejalan kaki berbumbung pelampuan bertema dari Kampong Bharu ke Jalan Ampang. Jajaran keseluruhan Pintasan Saloma ini menghubungkan Jalan Sungai Baru ke Jalan Ampang dengan menampakkan pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Pembinaan ini menggunakan khidmat perunding Veritas Architects Sdn Bhd dan kontraktor utama Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).

Pengurusan PKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Affendi Zahari, bekas Pengerusi PKB di atas cetusan idea pembinaan Pintasan Saloma di Kampong Bharu. Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di atas sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh pembinaan Pintasan Saloma sehingga Pintasan Saloma ini diiktiraf sebagai penerima anugerah PAM Awards 2022.

Kini Pintasan Saloma dinobatkan sebagai jambatan pejalan kaki yang Ikonik di Malaysia.

Kementerian Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

#KampongBharu
#pintasansaloma
#KLBandarUntukSemua
#OurCityOurHome
#WilayahKita

Sumber: Facebook PKB

Tarikh: 1 Julai 2022