STATUS PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI BARU, KAMPONG BHARU KUALA LUMPUR
27 Jun 2022 | Kenyataan Media
STATUS PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI BARU, KAMPONG BHARU KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 27 Jun 2022 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) merujuk Aduan Rakyat TV3 bertarikh 25 dan 26 Jun 2022 serta kenyataan media oleh Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Sungai Baru bertarikh 20 Jun 2022 berhubung status projek pembangunan semula Sungai Baru Kampong Bharu Kuala Lumpur.
- Berdasarkan tawaran usaha sama pemaju, seramai 219 pemilik unit yang melibatkan 27 lot teres dan 192 unit flat, bersamaan 66.77 peratus, telah bersetuju menandatangani perjanjian usaha
- Manakala perolehan tanah bagi baki 109 unit yang melibatkan 37 lot teres dan 72 unit flat bersamaan 33.23 peratus (yang tidak menandatangani perjanjian usaha sama) diteruskan menggunakan kaedah pengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah, 1960 (APT 1960). Rujuk Jadual 1.
Jadual 1: Status Kaedah Perolehan Tanah pembangunan semula Sungai Baru, Kampong Bharu Kuala Lumpur (SEBELUM Borang K dikeluarkan);
BIL | KAEDAH PEROLEHAN TANAH | LOT TERES | UNIT FLAT | JUMLAH |
1 | Persetujuan Usaha sama (JV) | 27 | 192 | 219
(66.77%) |
2 | Pengambilan Tanah | 37 | 72 | 109
(33.23%) |
JUMLAH |
64 |
264 |
328 |
- Selepas penyampaian notis Borang K (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah) APT 1960 oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL), jumlah unit yang telah selesai proses perolehan tanah dan bersedia untuk pembangunan telah bertambah kepada 291 unit berbanding 219 unit, iaitu membabitkan 264 unit flat dan 27 lot teres, iaitu bersamaan 72 peratus. Pertambahan peratus tersebut melibatkan sebanyak 72 unit flat setelah borang K dikeluarkan. Rujuk Jadual 2.
- Manakala bagi baki 37 lot teres (11.28 peratus), sesi siasatan pengambilan tanah masih lagi ditangguhkan dan belum di’award’. Perolehan tanah bagi lot teres ini masih belum
Jadual 2: Status Kaedah Perolehan Tanah pembangunan semula Sungai Baru, Kampong Bharu Kuala Lumpur SELEPAS Borang K, Akta Pengambilan Tanah Dikeluarkan Kepada Unit Flat:
BIL | KAEDAH PEROLEHAN TANAH | LOT TERES | UNIT FLAT | JUMLAH |
1 | Persetujuan Usaha sama | 27 | 192 | 219
(66.77%) |
2 | Selesai Proses Pengambilan Tanah Unit Flat (Borang K) | 0 | 72 | 72
(21.95%) |
JUMLAH | 27 | 264 | 291
(88.72%) |
- Mengenai dakwaan jawatankuasa tersebut yang menyatakan kononnya terdapat 34 lagi pemilik lot teres di Sungai Baru yang tidak bersetuju, ingin kami jelaskan bahawa status 34 lot teres (32 lot teres milik individu dan dua lot teres yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk jajaran Projek Sistem Kedua Transit Aliran Ringan (LRT) untuk Kuala Lumpur – Jajaran Pasar Seni ke Jalan Damai) adalah tidak terlibat dengan projek pembangunan semula di kawasan Sungai Baru, Kampong
- Maka dakwaan Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Sungai Baru dengan menyatakan bahawa PKB sengaja mendiamkan sejumlah 34 pemilik lot teres lain di Sungai Baru, adalah tidak benar dan mengelirukan orang
###
27 Jun 2022
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)