PENCAHAYAAN PINTASAN SALOMA BERTEMA FILEM SPIDER-MAN: NO WAY HOME

16 Disember 2021 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Khamis, 16 Disember 2021 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma bertemakan filem Spider-Man: No Way Home sempena tayangan pembukaan di seluruh pawagam Malaysia bermula 16 Disember 2021. Promosi pencahayaan filem Spider-Man: No Way Home di Pintasan Saloma akan dilaksanakan pada 16 hingga 18 Disember 2021 bermula jam 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Sony Pictures Malaysia meneruskan kerjasama dengan PKB untuk kali kedua, dalam menjadikan Pintasan Saloma lokasi “ikonik landmark di Malaysia” mempromosikan filem blockbuster berkenaan. PKB telah menyambut baik kolaborasi ini bersama Sony Pictures Malaysia dalam menjayakan promosi filem Spider-Man: No Way Home selepas mempromosikan filem Ghostbusters: Afterlife pada 3 hingga 5 Disember 2021 yang lalu.

Pihak PKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas inisiatif melaksanakan promosi filem blockbuster Spider-Man: No Way Home di Pintasan Saloma. Kini, Pintasan Saloma akan terus menjadi medium tempat mempromosikan filem-filem blockbuster di Malaysia dan di luar negara.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

16 Disember 2021