PENCAHAYAAN BENDERA HUNGARY DI PINTASAN SALOMA
23 Oktober 2021 | Kenyataan Media
KUALA LUMPUR, Sabtu, 23 Oktober 2021 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma dengan warna bendera Hungary iaitu merah, putih dan hijau sempena Hari Kemerdekaan negara Hungary. Pencahayaan bendera Hungary ini akan dilaksanakan pada hari Sabtu, 23 Oktober 2021 bermula jam 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.
Pencahayaan bendera Hungary di Pintasan Saloma adalah bertujuan menaikkan semangat rakyat Hungaria yang berada dan tinggal di Malaysia bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara Hungary. Di samping itu, mengeratkan hubungan negara dua hala dan persahabatan lima dekad antara rakyat kedua-dua bangsa di Malaysia dan Hungary. Secara tidak langsung pencahayaan ini telah mempromosikan lagi jambatan ikonik Pintasan Saloma ke peringkat dunia.
Pihak PKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur atas inisiatif melaksanakan pencahayaan bendera Hungary di Pintasan Saloma. Kini, Pintasan Saloma bukan lagi menjadi “Ikonik Pelancongan Baru” dan lokasi “landmark” pencahayaan kempen hari-hari di Malaysia dan sedunia, malahan menjadi medium mempromosikan hari kemerdekaan sesebuah negara dan menjadi penyatuan negara Malaysia dengan negara luar.
###
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)
23 Oktober 2021