PENCAHAYAAN PINTASAN SALOMA BERWARNA HIJAU, MERAH DAN PUTIH SEBAGAI TANDA SOLIDARITI TERHADAP PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

22 Mei 2021 | Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Sabtu, 22 Mei 2021- Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma dengan warna hijau, merah dan putih sebagai tanda solidariti bersama Palestin selepas serangan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin selama 11 hari bermula 10 Mei lepas sehingga 21 Mei 2021.

Penetapan tema warna bendera Palestin ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan teruk dengan keganasan rejim Zionis Israel. Kempen pencahayaan bendera Palestin di Pintasan Saloma bermula hari ini 22 hingga 28 Mei 2021 selama seminggu dari jam 7 malam hingga 12 malam.

Pintasan Saloma bukan sahaja menjadi “Ikonik Pelancongan Baru” dan lokasi “landmark” pencahayaan, malahan Pintasan Saloma juga menjadi medium penyampaian mesej keamanan peringkat Malaysia dan dunia.

###

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) 22 Mei 2021