PERLANTIKAN PENGERUSI BAHARU ANGGOTA PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PKB)

3 Disember 2020 | Kenyataan Media

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ingin memaklumkan perlantikan YBhg. Datuk Affendi Zahari sebagai Pengerusi PKB yang baharu untuk tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa dari 19 Oktober 2020. Beliau menggantikan YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin bin Buang yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 18 Oktober 2020.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana LLB (Hons) daripada Universiti Buckingham pada tahun 1988 dan memperolehi Sijil Amalan Guaman di Malaysia pada tahun 1992. Sebelum ini, beliau telah menjawat jawatan Pengerusi PKB selama tiga (3) tahun dari 3 Ogos 2015 sehingga 15 Ogos 2018. Pelbagai usaha dan kejayaan sepanjang bersama PKB yang lalu akan menjadi kekuatan kepada beliau dalam menambahbaik perancangan dan perlaksanaan PKB untuk membangunkan Kampong Bharu. Pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau akan membantu dan menjayakan kecemerlangan PKB dan pembangunan Kampong Bharu.

Seluruh warga kerja PKB menyambut baik dengan perlantikan ini dan semoga beliau dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.

#####

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

3 Disember 2020