STATUS TERKINI HALA TUJU PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU

21 Ogos 2020 | Kenyataan Media

Kementerian Wilayah Persekutuan telah meneliti dan membuat ketetapan bahawa pelaksanaan pembangunan semula Kampong Bharu secara komprehensif yang dirancang untuk dilaksanakan sebelum ini iaitu mengikut Pelan Konsep Pembangunan Kampong Bharu Tahun 2019 serta tawaran pembelian tanah sebanyak RM1,000.00 sekaki persegi (RM850.00 tunai dan RM150.00 saham SPV) didapati amat sukar diteruskan kerana tidak mendapat persetujuan 100 peratus pemilik tanah (hanya 61 peratus persetujuan) dan juga melibatkan kos anggaran pembelian tanah yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM7.4 bilion dan kos-kos lain sehingga mencecah hampir RM10 bilion.

  1. Kementerian Wilayah Persekutuan kini telah merangka pendekatan pembangunan yang baru untuk tempoh 20 tahun akan datang sebagaimana yang ditetapkan di dalam Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu Halatuju baru pembangunan Kampong Bharu ini adalah lebih realisitik dan boleh laksana melalui pendekatan pembangunan yang lebih fokus, mengikut kawasan keutamaan dan mengambilkira kompleksiti sesuatu kawasan bagi

memenuhi keperluan pembangunan di Kampong Bharu. Kementerian Wilayah Persekutuan secara serius akan melaksanakan dengan kadar segera perkara-perkara berikut:

  • Menaiktaraf infrastruktur jalan-jalan utama di kawasan Kampong Bharu termasuklah Jalan Raja Uda, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Mahmud, cadangan bypass Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Uda dan penjajaran semula Jalan Datuk Abdul Malik. Cadangan lain termasuklah pembinaan susur keluar-masuk lebuhraya AKLEH ke Jalan Hassan Salleh dan Jalan Sungai Baru serta pembinaan lebuhraya DUKE 2A memasuki Kampong Bharu; dan
  • Melaksanakan pembangunan secara berfasa mengikut keutamaan blok-blok pembangunan yang telah dikenalpasti dengan mengambilkira lot-lot tanah yang telah mendapat persetujuan pemilik tanah. Pembangunan sama ada melibatkan penglibatan secara langsung oleh Kerajaan melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau secara usahasama oleh pemilik tanah dengan pemaju swasta atau dimajukan sendiri oleh pemilik tanah secara organik dengan insentif-insentif
  1. Selain berperanan sebagai fasilitator bagi melancarkan pelaksanaan pembangunan, fungsi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) akan dipertingkatkan di masa hadapan supaya boleh berperanan sebagai pemaju projek pembangunan hartanah di Kampong
  1. Di dalam menjayakan pembangunan semula kampong Bharu, suara dan harapan pemilik dan pewaris tanah supaya Kampong Bharu dapat dibangunkan sebagai pusat komersial dan petempatan Melayu di pusat bandaraya Kuala Lumpur akan tetap diberi perhatian oleh pihak Kerajaan di mana segala pandangan dan cadangan oleh pemilik dan pewaris tanah akan diambil

#####

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) 21 Ogos 2020