Aktiviti Terkini: 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐁𝐊𝐋 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐈𝐓𝐈𝐖𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

YBhg. Datuk TPr. Haji Lokman bin Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah mengetuai turun padang bersama DBKL dalam membantu pemantauan harga barang keperluan asas di sekitar Parlimen Titiwangsa, Wilayah Persekutuan. Aktiviti turun padang ini merupakan inisiatif YB Menteri Wilayah Persekutuan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam menghadapi kos peningkatan harga barangan keperluan asas.
Usaha turun padang oleh PKB ini sebagai menyahut dan menyatakan sokongan terhadap usaha YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kerajaan dalam bersama-sama untuk memastikan kadar harga yang dijual adalah berpatutan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Antara lokasi pemantauan harga di parlimen Titiwangsa iaitu:
1. Pasaraya Village Grocer, My Town Maluri
2.Hock Choon Supermarket, Jalan Ampang
3. Pasar Chow Kit, Jalan Raja Bot
Turut hadir bersama YBrs. Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) PKB, Encik Mohd Muzammer bin Jamaluddin, Timbalan Pengarah Kanan 1, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, DBKL dan melibatkan pegawai-pegawai PKB dan DBKL seramai 15 orang.
Hasil tinjauan pada hari ini mendapati harga-harga barangan yang dijual masih lagi di bawah harga syiling seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.