Aktiviti Terkini: Sesi Libat Urus Hala Tuju Pelan Pembangunan Kampong Bharu

Hari ini, PKB mengadakan sesi libat urus bersama pemilik/pewaris Kg. Masjid bagi menerangkan Hala Tuju Pelan Pembangunan Kampong Bharu. Terima kasih di atas sokongan padu anda semua kerana sudi hadir dan memberi sokongan pada sesi libat urus kali ini. Segala cadangan dan pandangan yang anda berikan, amat kami hargai.

Kepada warga Kampong Bharu, jika anda buntu, mempunyai pelbagai persoalan mengenai isu harta pusaka atau pelan pembangunan, boleh hadir ke pejabat PKB untuk sama-sama kita berbincang dan selesaikan permasalahan anda. PKB akan bantu. Jangan risau, pintu pejabat PKB sentiasa terbuka untuk anda. Tidak perlu membuat janji temu, hadir sahaja ke PKB dari hari Isnin – Khamis. ๐Ÿ‘๐Ÿป