Penduduk mahu pembangunan semula Kampung Sungai Baru diteruskan

Penduduk mahu pembangunan semula Kampung Sungai Baru diteruskan

KUALA LUMPUR: Majoriti penduduk Kampung Sungai Baru mendesak projek pembangunan semula kawasan itu diteruskan selepas ditangguhkan enam tahun lalu.

Wakil pemilik hartanah Kampung Sungai Baru, Mohd Adam Abdul Aziz, berkata penduduk meminta kerajaan untuk membatalkan penangguhan projek berkenaaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

“Majoriti penduduk di sini mahu pembangunan diteruskan kerana sudah lama menanti pembangunan semula dapat dilaksanakan.

“Semua bayaran pampasan pengambilan tanah untuk pemilik flat dan rumah teres sudah diberikan kepada semua pemilik yang terbabit,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Mohd Adam menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin disaksikan kira-kira 100 pemilik hartanah dan penduduk Kampung Sungai baru.

Azman berkata, beliau akan membawa memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri bagi menyelesaikan segera isu berhubung pembangunan di kawasan berkenaan.

“Saya akan bentangkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Kita tidak mahu ini menjadi polemik berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Khadijah Abu Zaki, 68, berkata beliau kecewa dengan penangguhan projek pembangunan itu.

“Kebanyakan penduduk menyokong pembangunan ini. Rumah kami juga sudah dikosongkan, selepas menerima pampasan yang dijanjikan pemaju.

“Hanya kira-kira 11 peratus penghuni tidak bersetuju. Saya tidak faham mengapa sedangkan mereka sudah menerima wang pampasan,” katanya.

Beliau meminta kerajaan campur tangan dan menyelesaikan segera projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.

Sesetengah penduduk terutama penghuni rumah teres tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa

Menurut Annuar lagi, PKB perlu menghantar penilaian yang dibuat kepadanya pada 30 Jun ini sebelum dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, sekiranya ada perkara yang tidak dapat diputus untuk diteruskan ia akan dibawa berunding dengan penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan penyelesaian alternatif.

“Saya sedang buat tinjauan tentang beberapa alternatif, yang pasti kita mahu Kampung Baru tetap maju dan keutamaan saya ia dimajukan dengan pemilikan kekal berada di tangan orang Melayu.

“Jadi usaha iktiar majukan kampung baru akan diteruskan, kaedah perlu dimuktamadkan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette