Pembangunan semula Kampung Baru ambil kira hak orang Melayu

Anwar menjawab soalan ketika Waktu Pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan tetap mempertahankan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru bagi meneruskan rancangan pembangunan kawasan segi tiga emas itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa program yang dikhuatiri menjejaskan kepentingan Melayu telah ditangguhkan.

Justeru menurutnya, rancangan pembangunan semula Kampung Baru akan dikaji semula dengan mengambil kira pandangan penduduk tempatan dan wakil rakyat.

“Saya telah beri jaminan malah telah menangguhkan beberapa program yang saya tidak yakin akan mempertahankan kepentingan Melayu.

“Saya tidak setuju walaupun hak milik kekal Melayu, tapi ada pajakan 60 tahun atau 99 tahun..ia tak mempertahankan kedudukan Melayu. Oleh demikian beri ruang kepada saya untuk kaji semula tapi saya juga akan rujuk pandangan masyarakat tempatan sendiri dan libatkan wakil rakyat.

“Semua keputusan dulu yang selari dengan pendirian ini (pertahan hak Melayu) akan diteruskan. Tapi semua dasar yang menjejaskan kerangka besar dasar kita itu tidak akan diterima. Itu akan dibuat. Kita tunggu, insya-Allah saya akan buktikan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang mahu Perdana Menteri memberikan jaminan dalam soal mempertahankan kepentingan hak orang Melayu di Kampung Baru dalam rancangan pembangunan semula itu.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan daripada Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan secara menyeluruh Kampung Baru Kuala Lumpur seperti diusahakan oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan Kerajaan PH pada 2018-2020 dahulu agar selari dengan sasaran Kuala Lumpur Smart City 2030.

Anwar menjelaskan, kerajaan tidak mempunyai peruntukan sebagaimana dijanjikan oleh mantan Menteri Wilayah terdahulu bagi membeli tanah Kampung Baru dengan kos mencecah sehingga RM7 bilion.

“Ada cadangan mengadakan proses jual beli dengan peruntukan kerajaan mencecah RM7 bilion yang tidak mampu dikendali oleh kerajaan sekarang.

“Soal jaminan menteri dulu tu soal mereka. Saya fikir ini tidak memberi pengaruh kepada dasar yang dilakukan dan apa-apa yang melibatkan peruntukan yang besar mesti di bawa ke Kementerian Kewangan dan diluluskan Jemaah Menteri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Seri Annuar Musa

Menurut Annuar lagi, PKB perlu menghantar penilaian yang dibuat kepadanya pada 30 Jun ini sebelum dimaklumkan kepada jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, sekiranya ada perkara yang tidak dapat diputus untuk diteruskan ia akan dibawa berunding dengan penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan penyelesaian alternatif.

“Saya sedang buat tinjauan tentang beberapa alternatif, yang pasti kita mahu Kampung Baru tetap maju dan keutamaan saya ia dimajukan dengan pemilikan kekal berada di tangan orang Melayu.

“Jadi usaha iktiar majukan kampung baru akan diteruskan, kaedah perlu dimuktamadkan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaGazette