Aktiviti Terkini:𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊-𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐅𝐋𝐀𝐓 𝐏𝐊𝐍𝐒 𝟒 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊,𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
Sesi Taklimat dan Penerangan Mekanisme Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampong Bharu Kepada Pemilik-pemilik Flat PKNS 4 Tingkat Jalan Tun Razak, Kampong Bharu telah dilaksanakan bertujuan untuk memperincikan pembaharuan semula mekanisme pembangunan semula Kampong Bharu.
Sesi taklimat dan penerangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB). Turut hadir bersama YBrs. Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), PKB, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan & Ekonomi) PKB, YBrs. Encik Farid bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), pegawai-pegawai dan kakitangan di PKB.
Terima kasih juga kepada Jabatan Ketua Pejabat Tanah dan Galian (JKPTG) WPKL yang turut hadir membuka kaunter Harta Pusaka, Pejabat Cawangan DBKL Titiwangsa yang membantu memberikan keperluan logistik dan kepada pemilik-pemilik yang telah hadir ke majlis hari ini.