𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐏𝐊𝐁
Aktiviti Terkini: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐏𝐊𝐁
YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kunjungan dan lawatan 50 pelajar daripada University College Sedaya International (UCSI Universiti) pada hari ini. YBrs. Ar. Norizan binti Daud, Pensyarah UCSI Universiti mengetuai lawatan pelajar-pelajar dari UCSI Universiti.
Taklimat berkenaan perancangan dan pelan pembangunan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah (Perancangan Pembangunan & Ekonomi) dan Encik Mohd Sham bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Arkitek) PKB.
Pelajar-pelajar UCSI Universiti juga di bawa ke Bilik Pameran PKB untuk melihat pameran poster pelan pembangunan semula Kampong Bharu dan gambar Pintasan Saloma.
Turut hadir bersama YBrs. Encik Shahrul Ezad Bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) serta pegawai kanan PKB.

Bahasa Melayu
English



