TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MARKAH 90.3%!
Aktiviti Terkini:
YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada barisan pengurusan tertinggi Agensi semalam bagi pencapaian markah 90.3% (Significantly Exceed Target) untuk Laporan Penilaian Outcome Program/Projek dibiayai Kerajaan Persekutuan kepada Kementerian/ Jabatan Wilayah Persekutuan. Pencapaian cemerlang ini merupakan sumbangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur , Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Bagi tahun 2022, Kementerian/Jabatan Wilayah Persekutuan melalui DBKL, PPj, PL dan PKB telah menjalankan lima (5) Kajian Penilaian Outcome Program/ Projek Pembangunan. Kertas pembentangan telah dibentangkan pada 2 Mac 2023.
Semoga JWP & Agensi terus cemerlang dalam melaksanakan program/projek yang mencapai outcome supaya dapat dinikmati semua kumpulan sasar.
Tahniah En. Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat) atas pencapaian yang cemerlang.
Sumber: Jabatan Wilayah Persekutuan
#KampongBharu
#KLBandarUntukSemua
#OurCityOurHome
#MalaysiaMadani