Aktiviti Terkini:𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Tahun 2023 telah berlangsung di Plaza Kampong Bharu @ Pintasan Saloma dan dirasmikan oleh YBrs. Dr Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB.
Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif, PKB, Encik Shahrul Ezad bin Samsudin, Pengarah (Pengurusan & Komunikasi Korporat), Dr. Khairul Nizam bin Othman Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi), warga PKB, warga penduduk Kampong Bharu dan tetamu-tetamu jemputan.
Hari Sukan Negara (HSN) yang disambut serentak diseluruh negara ini adalah untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalakkan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.