Aktiviti Terkini: ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ & ๐ƒ๐„๐Œ๐Ž๐’๐“๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐

Sesi Taklimat Latihan Keselamatan & Demostrasi Kebakaran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah disampaikan oleh PPgB Logeswaran Lavan dari Balai Bomba Titiwangsa. Taklimat Kebakaran dan Latihan Demostrasi Kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan persediaan awal berkaitan keselamatan dan kesedaran awam terhadap kejadian kebakaran atau kes-kes kecemasan.
Taklimat yang dihadiri semua warga Kerja PKB yang diketuai oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Pengarah, Perancangan Pembangunan dan Ekonomi, PKB, Tadika Khalifah Perwira, Sepatu Timur Sdn. Bhd dan ROHAS.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat dijadikan persediaan awal langkah-langkah keselamatan kepada warga kerja PKB khususnya dan premis di bangunan ROHAS secara amnya.
Terima kasih kepada anggota bomba dari Balai Bomba Titiwangsa diatas penglibatan dalam program ini.