𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 “𝐏𝐄𝐒𝐎𝐍𝐀 𝟑 𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀” 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐒𝐈𝐆𝐌𝐀 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐘
Aktiviti Terkini: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 “𝐏𝐄𝐒𝐎𝐍𝐀 𝟑 𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀” 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐒𝐈𝐆𝐌𝐀 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐘
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia PKB telah melaksanakan satu program sesi perkongsian ilmu kepada pegawai dan kakitangan wanita PKB yang disampaikan oleh Pn. Ammalina Affandi, Pengasas Sigma Skills Academy.
Mereka juga menyediakan latihan dan khidmat rundingan bagi kemajuan pasukan korporat yang turut berkolaborasi bersama Obses Cosmetics.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu menyerlahkan personaliti profesional kakitangan wanita supaya lebih berkeyakinan tinggi dan berketrampilan baik dalam memberi persepsi positif dan juga meningkatkan keyakinan diri setiap pegawai dan kakitangan Wanita di PKB.